Yang ni saya tak tahu bahasa Malaysia nya “Loyalty Programs”… any ideas?
Dalam perniagaan, kos untuk mendapatkan pelanggan baru, adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Maksudnya, untuk mendapat pelanggan baru, kita perlu melakukan promosi baru, yang memakan kos tinggi. Tetapi, untuk menarik pelanggan sedia ada dalam membeli produk atau perkhidmatan kita semula, kosnya adalah lebih rendah.
Satu kaedah dalam menarik pelanggan sedia ada kita adalah dengan mewujudkan loyalty program…
Contoh loyalty program:
- Kad Mesra yang kita guna di stesen minyak Petronas. Bila selalu menggunakan kad Mesra tersebut di Petronas, kita mendapat bonus
- Di The Chicken Rice Shop, kalau kita order kids meal, mereka akan chop pada satu card ni, dan kalau dapat 8 chop, dapat 1 free meal
- Di SPA juga sering menggunakan strategi ni, selepas maybe 5 sesi spa, kita dapat 1 sesi percuma
Boleh tak anda aplikasi kan “loyalti program” seperti ini untuk perniagaan anda dalam menggalakkan lebih ramai pelanggan mengulangi pembelian mereka. Kerana…
Kos mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapatkan pelanggan sedia ada
Hmm… loyalty program = “program ganjaran” dalam bahasa Malaysia?
Bolehkah anda berikan lagi contoh-contoh loyalty program/program ganjaran yang anda pernah temui?
Baca seterusnya di sini
Ads
0 comments:
Post a Comment